Khamis, 31 Mac 2016

"Segmen Blogwalking + Bloglist #3"

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ




(klik banner kalau nak join)


"GIVEAWAY by RosNordin"





بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ




Klik banner di atas untuk melihat syarat-syarat yang mudah dan ringkas.  




Hadiah yang ditawarkan


Antara hadiah yang ditawarkan oleh penganjur ialah:

  1. MANGO Zip Cosmetic Case yang simple dan cantik with small souvenir inside, 1 x 5 Pemenang Bertuah.
  2. The Body Shop GIFT 1 x 5 Pemenang Bertuah
  3. 1 x Slim Leather Case - Red
  4. 1 x Bumper Case - Silver
  5. dan... hadiah misteri

Menarik kan hadiahnya.  Mana tau dapat memenangi salah satu hadiah yang ditawarkan. Rezeki memasing kan.

Goodluck uolls....

Isnin, 21 Mac 2016

TIP PEMAKANAN SIHAT PADA MUSIM PANAS


Pada musim panas, perkara yang paling penting adalah pengambilan air yang mencukupi. Ianya bagi mengelakkan badan daripada menjadi kering atau mengalami penyahidratan (dehydration). Ikuti tips pemakanan sihat pada musim panas berikut:



1) Banyakkan minum air kosong sekurang-kurangnya 6-8 gelas sehari



2)Kurangkan minuman yang manis atau berkafein. Pengambilan minuman yang berkafein seperti kopi, teh dan minuman berkarbonat boleh meningkatkan pengeluaran air dari badan.



3) Kurangkan makanan yang pedas bagi mengelakkan peningkatan suhu badan.



4)Tingkatkan pengambilan makanan yang mengandungi banyak air seperti buah-buahan (tembikai; betik dan tembikai susu) dan sayur-sayuran (tomato; timun dan sawi) serta masakan seperti sup; tumis air dan masak pindang.

Sabtu, 19 Mac 2016

VIVIX

VIVIX MELAMBATKAN PENUAAN PADA TAHAP SELULAR LEVEL


Penyelidikan canggih sejagat untuk menentang penuaan selular dan perkongsian penyelidikan bertahun -tahun dengan saintis terkemuka telah menghasilkan vivix. Hanya vivix mengandungi adunan FITONUTRIEN PROPRIETARI,yang memanfaatkan kuasa anggur muscadine yang jarang ditemui dan resveratrol, menghasilkan ramuan 10x lebih efektif dari resveratrol sahaja dalam melambatkan mekanisma utama penuaan selular. 

Ramuan aktif vivix berupaya mengaktifkan pengawalan utama ginetik yang menolong melambatkan penuaan pada tahap sellular.

a)Melindungi dan memperbaiki sellular DNA.
b) Memberi impak positif kepada pengawalan ginetik
c)Menggalakkan biogenesis (pembentukkan baru) mitochondria
d) Melambatkan pembentukkan protien AGE (advanced glycation end products) dengan membantu menjaga dan memelihara kesihatan jantung,kesihatan otak,kesihatan sistem imun, kesihatan sendi,perlindungan antioksidan,peningkatan tenaga pada tahap sellular.



FUNGSI VIVIX



4 mekanisma penuaan pada tahap sellular

1)Kerosakkan DNA - setiap hari sel tubuh diserang oleh hampir sejuta serangan yang merosakkan DNA. Serangan ini merosakkan pengkalan data ginetik, menghasilkan satu "typo" (kesilapan dari yang asal) yang akan mengganggu fungsi sel dan panjang umur. Ramuan vivix melindungi dan memperbaiki sellular DNA.

2)Pengawalan ginetik - menyumbang kepada deteriorasi (kemerosotan) umur pada tahap sellular. Di dalam penemuan utama, ujian klinikal terbaru menunjukkan ramuan vivix menaktifkan satu pengawalan genetik utama yang menolong melambatkan penuaan tahap sellular.

3)Pengeluaran tenaga yang kian menurun oleh sel-sel - Mitochondria (penjana tenaga) di dalam sel menghasilkan tenaga yang kita perlukan. Apabila kecekapan mitochondria menurun fungsi sel turut menurun. Ramuan menggalakkan biogenesis (pembentukkan baru) mitochondria meningkatkan tahap tenaga di dalam sel.

4) Penimbunan protin AGE - Protin AGE (Advanced glycation end products) yang berlebihan boleh menyebabkan kerosakkan tahap sellular yang menganggu keutuhan sel dan panjang umur. Ramuan vivix 10x lebih kuat dari resveratrol (kandungan unik dalam anggur "muscadine") untuk melambatkan pembentukkan protin AGE.




KANDUNGAN VIVIX



1)MUSCADINE GRAPE satu satunya anggur yang mempunyai lebih satu kromosom dan mengandungi asid allagik yang bertindak sebagai anti kanser,anti virus, anti - bakteria,anti penuaan,kesihatan jantung dan rendahkan paras gula.

2)PURPLE CARROT sumber terbaik vitamin A dan menganduncgi phytokimia termasuk carotenoids,phenolics,polyacetylenes,isocoumarins dan sesquiterpenes ia bertindak sebagai antioksidan yang tinggi, mengurangkan diabetis, antiradang, anti-mikrobial, anti-carcinagen dan mengurangkan risiko sakit koronari jantung.

3)ELDERBERRY (SAMBUCUS NIGRA) mengandungi flavonoids yang bertindak sebagai antioksidan, meningkatkan sistem imun melawan jangkitan virus dan bakteria (demam selsema,ashma, batuk, sesak hidung dan dada),menurunkan kolestrol, strok, seranganan jantung,kardiovaskular, sakit otot, memperbaiki penglihatan, penghadaman dan anti stress.

4)POLYGONUM CUSPIDATUM adalah sumber komersial resveratol yang terdapat dalam ekstrak kulit anggur merah dan biji anggur merah. Ia bertindak sebagai anti penuaan,merendahkan kolestrol,merendahkan tekanan darah dan menurunkan berat badan.


MANFAAT VIVIX


Vivix penyelesaian hebat, formula yang esklusif dan keputusan yang menakjubkan.

1) Merendahkan tekanan darah
2)Meningkatkan tahap tenaga
3)Meningkatkan daya seks
4) Meningkatkan pengeluaran sperma
5) Memutihkan dan mengurangkan pigmentasi
6) Mengurangkan kedut halus
7) Anti kanser
8) Merendahkan tahap kolestrol
9) Menguatkan tulang
10) Melambatkan penuaan
11) Mengurangkan artritis
12)Meningkatkan daya ingatan
13) Anti - inflamasi
14) Menghalang kejadian tumor
15) Menstabilkan perasaan
16) Mengawal sedia estrogen
17) Mengawal selia insulin
18)Anti Depresi
18) Mengurangkan bintik penuaan
19) Membantu glaukoma
20)Mengurangkan rambut beruban dan gugur
21) Melegakan allergic dan lelah
22) Memperbaiki mutasi sel
23)membantu vasodilatasi
24) Menghalang alzheimer
25) Mencegah masalah prostat
26) Memperbaiki kualiti tidur
27)Memperbaiki tekster kulit
28) Mengawal selia kelikatan darah










Dapatkan Dari Saya :
Pengedar Shaklee Anda
Nurnadeea (id :951412)
Email : nadeea85@gmail.com
Facebook : Butik De'Sweet De'Noorish Elegance
Instagram :nurnadeeashaklee
Page : Vitamin Semulajadi Sihat & Cantik
SMS/Wassup : 012-7763989



Khamis, 17 Mac 2016

PERTANDINGAN BOWLING PPM BATU PAHAT


Pertandingan  bowling PPM Pendidikan Khas Batu Pahat yang diadakan di BP Mall adalah aktiviti yang dijalankan pada setiap tahun sebagai aktiviti tahunan untuk mengeratkan silaturrahim diantara PPM dari sekolah rendah dan sekolah menengah dalam daerah Batu Pahat. Main bowling ni bukan niat nk menang pun tapi sekadar suka-suka je... Yuran pertandingan RM10 je untuk seorang. Hadiah berupa piala untuk pemenang no.1 - no.10. ok la tu kan. PPM Pendidikan Daerah Batu Pahat ni pun dalam 120 orang.


Ni team dari sekolahku..."friend forever" la katakan...sebelum main welfie dulu walaupun tahun ni tak ada sorang pun wakil dari sekolahku yang menang. Tak ada rezeki untuk tahun ni. Cuba lagi untuk tahun depan la nampaknya...

Sabtu, 12 Mac 2016

Penyertaan segmen bloglist kataubaid.com


Penyertaan segmen bloglist kataubaid.com

Penyertaan last minit... mana tau ada rezekinya... 



Blog Kataubaid.com sedang mencari 5 blog untuk di senaraikan dalam Bloglist Mac dan April 2016 . Untuk menyertai segmen bloglist kataubaid.com , boleh ikut cara-caranya seperti di bawah :

1. Follow Blog kataubaid.com
2. Like page -- > kataubaid .
3. Copy Coding di bawah ini dan pastekan di blog anda dan publish.
4. Pastekan Url entri anda di ruangan komen .
5. Selesai.

5 blog akan di pilih untuk menjadi bloglist kataubaid.com untuk bulan Mac dan April 2016 . Tarikh penyertaan bermula dari 10 Mac -12 Mac 2016 sahaja . Semoga dengan adanya blog korang dalam bloglist kataubaid.com dapat membantu menambah traffic blog anda setiap hari .

Jemput join ya !

sekian.

Selasa, 8 Mac 2016

PANDUAN SOLAT SUNAT GERHANA @ SOLAT SUNAT KUSUF


Esok pada 9 Mac 2016 jam 7.30 pagi hingga 9.30 pagi (anggaran) akan berlaku gerhana matahari separa. Hukum solat sunat gerhana adalah sunat muakad. "Apabila kalian lihat ia berlaku, segeralah mencari perlindungan dengan mengingati Allah, berdoa kepadaNya dan memohon keampunanNya" (Sahih Muslim, Kitab Al-Kusuf, Hadis no. 912)



Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Matahari
أُصَلِّى سُنَّةَ الْكُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى
Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Taala.”




Cara & Bilangan Rakaat
Terdapat 3 cara melaksanakan solat sunat gerhana iaitu;

i.               Yang terlebih sempurna ialah dilakukan 2 rakaat dengan setiap rakaat 2 ruku’ dan 2 qiyamyang dipanjangkan bacaan surah dan tasbihnya pada kedua-dua rakaat (Kesimpulannya: jumlah ruku’, qiyam dan sujud adalah sebanyak 4 kali dalam dua rakaat solat sunat gerhana).  Ini adalah cara yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. bersama para sahabatnya dan melibatkan masa yang amat panjang.  Kadar panjang bacaan surah ialah surah al-Baqarah (286 ayat) dalam qiyam pertama, sirah Aali Imran (200 ayat) dalam qiyam kedua, surah al-Nisa’ (176 ayat) dalam qiyam ketiga, dan surah al-Ma’idah (120 ayat) dalam qiyam keempat).  Kadar panjang tasbih ialah sekadar bacaan 100 ayat dalam ruku’ dan sujud pertama, sekadar bacaan 90 ayat dalam ruku’ dan sujud kedua, sekadar bacaan 70 ayat dalam ruku’ dan sujud ketiga, dan sekadar bacaan 50 ayat dalam ruku’ dan sujud keempat.

ii.             Yang lebih sempurna dilakukan 2 rakaat dengan 2 kali ruku’ dan 2 kali qiyam, dengan tidak dipanjangkan bacaan pada kedua-dua rakaat.  Ini adalah cara yang sederhana dan tidak memakan masa yang lama.

iii.            Sekurang-kurangnya 2 rakaat seperti solat sunat biasa.  Ini adalah cara dan bilangan rakaat yang paling minimum dan melibatkan tempoh yang singkat.

Huraian Cara Kedua (Sederhana Panjang)
Berikut adalah huraian cara solat gerhana dalam tempoh yang sederhana iaitu sekitar 30-40 minit berdasarkan pengalaman menunaikan solat gerhana bulan pada hari Selasa 15 Syaaban 1428 bersamaan 28 Ogos 2007 lalu.  Turut dicadangkan bacaan surah-surah pilihan daripada juzuk ke-30 yang lebih dikenali di kalangan masyarakat kita dengan ’ayat-ayat lazim’.

(Rakaat Pertama)
1.         Takbiratul Ihram.
2.         Membaca doa iftitah.
3.         Membaca Isti’azah. (أَعُوْذُ بِالله مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ)
4.         Membaca surah al-Fatihah.
5.         Membaca surah dalam qiyam pertama.  Dicadangkan membaca surah surah al-Baqarah (ayat               1-25) atau surah al-A’laa (19 ayat).
6.         Ruku’ (pertama) dan membaca tasbih (100 kali tasbih).
7.         Iktidal dan qiyam kedua, membaca surah al-Fatihah dan surah.  Dicadangkan membaca surah             al-Baqarah (ayat 26-48) atau surah al-Ghaasyiyah (26 ayat).
8.         Ruku’ (kedua) dengan membaca tasbih (90 kali tasbih).
9.         Iktidal.
10.        Sujud (pertama) dan membaca tasbih (100 kali tasbih).
11.        Duduk antara 2 sujud (sunat dipanjangkan tempohnya).
12.        Sujud (kedua) dan membaca tasbih (90 kali tasbih).
13.        Berdiri ke rakaat kedua.

(Rakaat Kedua)
1.         Qiyam ketiga dan membaca surah al-Fatihah.
2.         Membaca surah.  Dicadangkan membaca surah al-Baqarah (ayat 49-61) atau surah al-Syams               (15 ayat).
3.         Ruku’ (ketiga) dan membaca tasbih (70 kali tasbih).
4.         Iktidal dan qiyam keempat, membaca surah al-Fatihah dan membaca surah.  Dicadangkan                   membaca surah al-Baqarah (ayat 62-74) atau surah al-Zalzalah (8 ayat).
5.         Ruku’ (keempat) dengan membaca tasbih (50 kali tasbih).
6.         Iktidal.
7.         Sujud (ketiga) dan membaca tasbih (70 kali tasbih).
8.         Duduk antara 2 sujud (sunat dipanjangkan tempohnya).
9.         Sujud (keempat) dan membaca tasbih (50 kali tasbih).
10.        Membaca tasyahhud akhir.
11.        Memberi salam & imam bangun menyampaikan dua khutbah.


 


Isnin, 7 Mac 2016

KURSUS MEMBUAT CINCAU, MEE KUNING DAN MEE LAKSA DI KOLEJ KOMUNITI BATU PAHAT



Best sangat pergi kursus ni bayaran yuran pun berpatutan hanya RM35 ringgit sahaja jika nak dibandingkan kursus di tempat lain. Rm30 untuk kos bahan dan RM5 untuk kerajaan. Cikgu yang mengajar pun sporting, cara penyampaiannya mudah difahami dan siap masakkan kuah laksa penang untuk peserta. Dan yang paling best setiap peserta boleh bawak balik cincau,mee kuning dan mee laksa. 



                                   
     

Ni takwim kursus pendek untuk bulan Mac kalau nak pergi kursus ni boleh maklumkan pada penyelaras yang terlibat, sebab setiap kurus ada had pesertanya, kalau lambat takut dah penuh. Kolej komuniti ni terletak di Jalan EH 1, Evergreen Height, 83000 Batu Pahat, Johor, Malaysia